Salam kalian.
Kepala berserabut dengan masalah kepincangan kehidupan.
Menunggu akaun penuh untuk kembali ke desa aku.
Telinga semakin panas deringan panggilan telefon dan tidak lekang mesej aku dapat hari ini.
Mungkin orang di kampung tak sabar kepulangan aku.
Lagi-lagi dengan sudah lama tak balik kampung.
Aku,
Anak pertama yang wujud dalam keluarga.
Yang dikatakan pembawa seri dalam rumah itu.
Tapi aku tidak lagi dipanggil penyeri kerana adik-adik aku sudah menganti tempat aku.
Dengan kelincahan mereka bercakap, cara bergaya dan lain-lain lagi.
Tak seperti aku.
Aku hanya mampu senyum dan menokok tambah sahaja perbualan mereka.
Cara aku, pemakaian yang ala kadar asalkan aku rasa selesa.
Telinga aku boleh menanah jika aku mendengar setiap butir kata-kata dan nasihat dari
orang tua aku.
Aku seperti manusia diam.
Aku lagi selesa berdiam diri dari orang lain.
Bukannya aku baru sedar tingkah laku aku selama ini malah dari kecil lagi.
Orang kata,
“Manusia diam selalunya hatinya memakan dalam kerana dia seorang yang penyimpan.”
Bergantung pada individu.
Berapa banyak orang sakiti hati aku, lukakan hati aku, burukkan nama aku dan banyak lagi.
Buat masa ini tak pernah lagi aku membalas apa mereka buat.
Dendam.
Aku tak suka ambil tahu hal orang lain.
Buruk orang hanya dipandangan saja, tidak di mulut.
Dunia kau, kau yang cipta.
Dunia aku, aku sudah lama cipta.
Tak perlu kau kacau dunia aku yang selama ini aku tak pernah endah pun selama ini.
Atau kau cemburu dengan dunia yang aku cipta.
Menjadi manusia diam bukanlah semuanya bahagia dan senang.
Betapa sukarnya kau perlu mengawal suhu badan yang mampu mengelenggang.
Manusia diam bukannya pandai meluah orangnya.
Simpan.
Mungkin itu orang kata.
Manusia diam boleh memakan diri sendiri.
Memang kebenaran manusia diam seperti aku sudah merasa perasaan itu.
Air mata saja yang menjadi teman.
Aku lebih suka mengunyah gula getah semasa hati aku mulai panas.
Bila manisnya sudah tiada dan kedinginan mula menurun.
Aku akan buang segala kesakitan di hati seperti aku membuang gula getah itu.
Aku akan menganggap masalah sudah tiada lagi untuk menyimpan.
Manusia mana pernah puas apa yang lebih dari orang lain.
Hasad dengki.
Perbuatan manusia paling keji.
Hidup manusia diam lebih bahagia jika pandai mengatasi manusia seperti itu.
Senyum.